Sunday, July 31, 2011

Ramadhan datang lagi...

Ramadhan 1432 Hijrah datang lagi dan InsyaAllah pada tanggal 1 Ogos 2011, umat Islam akan mula berpuasa. Ianya sangat bermakna kerana itulah tarikh ulangtahun kelahiranku.



SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan
Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir.
Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya
jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya
dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah
sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita
maka anak2 akan ingat kpd kita.

Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab.
Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di
akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan
untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap
sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya
menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan
tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

Jangan pula kita terlalu taksub dan berpuasa terus-terusan, sehingga seolah-olah berpuasa tanpa berbuka

Puasa Tanpa Berbuka
Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Nabi saw. melarang puasa sambung (terus-menerus tanpa berbuka). Para sahabat bertanya: Bukankah baginda sendiri melakukan puasa wisol? Nabi saw. menjawab: “Sesungguhnya aku tidak seperti kalian. Aku diberi makan dan minum.”

-
Huraian :
Makan dan minum wajib hukumnya untuk memenuhi keperluan gizi harian agar dapat meneruskan kehidupan. Lantaran itu Islam sebagai agama yang sederhana tidak menuntut umatnya agar melampau dalam mengerjakan ibadat sehingga mendatangkan mudharat. Sebaik-baik ibadah di sisi Allah adalah yang dilakukan secara istiqamah (berterusan) meskipun sedikit di samping berniat ikhlas kerana Allah SWT dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Wallahua'llam.
SELAMAT BERPUASA

Adab bertandang jaga hak tetamu, tuan rumah

Oleh Mohd Shahrizal Nasir

Bertamu disyariat hanya tiga hari, dilayan ikut kemampuan agar terpelihara persaudaraan

ISLAM menitikberatkan hubungan sesama manusia. Justeru, Islam menggariskan adab dan etika bagi memuliakan tetamu. Sebenarnya, tetamu adalah amanah Allah yang harus ditunaikan haknya. Tuan rumah bertanggungjawab terhadap tetamu selama berada di rumahnya. Menghormati tetamu dan menyempurnakan haknya menjadikan Muslim memiliki iman sempurna. Lebih utama, apabila tetamu itu ialah saudara seagama tetapi itu tidak menafikan hak bukan beragama Islam untuk mendapat layanan terbaik daripada tuan rumah beragama Islam.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya.” (Hadis riwayat Muslim)

Menghormati serta memuliakan tetamu juga sunnah nabi dan rasul yang diutuskan sebagai contoh ikutan terbaik. Nabi Ibrahim AS antara rasul yang amat memuliakan tetamunya. Baginda menerima tetamu yang bertandang ke rumahnya dengan hati terbuka serta melayani mereka dengan layanan yang baik. Allah merakamkan perihal Nabi Ibrahim menerusi firman-Nya bermaksud: “Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu”, Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu (sambil berkata dalam hati): mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: Silakanlah makan.” (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 24-27)

Begitu juga dengan Nabi Lut ketika didatangi tetamu yang sebenarnya malaikat untuk menguji kaumnya. Baginda sedaya upaya menjaga keselamatan tetamu itu daripada menjadi mangsa kezaliman kaumnya yang dilaknat Allah. Firman Allah bermaksud: “Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Lut berkata: Wahai kaumku, di sini ada puteriku, mereka lebih suci bagi kamu (maka kahwinlah dengan mereka). Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah dan jangan kamu memberi malu kepadaku di depan tetamuku. Tidakkah ada antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?” (Surah Hud, ayat 78)

Inilah antara contoh menggambarkan pentingnya memuliakan tetamu yang datang ke rumah. Jika disoroti sejarah Rasulullah SAW, dapat dilihat golongan Ansar menunjukkan contoh yang baik dalam hal memuliakan tetamu. Mereka memberi layanan dan bantuan istimewa kepada golongan Muhajirin yang meninggalkan keluarga, harta benda serta kemuliaan di bumi Makkah semata-mata untuk berhijrah ke Madinah. Segala keperluan Muhajirin dipenuhi dengan sempurna oleh golongan Ansar.

Allah menjelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah (Muhajirin) ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang sudah diberi kepada orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat berhajat.” (Surah al-Hasyr, ayat 9)

Amalan menghormati dan memuliakan tetamu bukan saja menunjukkan perilaku terpuji, malah ia berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara adab memuliakan tetamu yang dianjurkan Islam ialah menyambut kedatangan mereka dengan perasaan gembira serta wajah manis, bertanya khabar dan menyembunyikan masalah keluarga supaya tidak diketahui tetamu.


Selain itu, menyajikan hidangan makanan dan menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan diperlukan jika mereka bermalam di rumah juga sebahagian daripada adab memuliakan tetamu. Apa yang lebih penting, semua itu disediakan mengikut kemampuan tuan rumah, tidak terlalu berkira dan tidak berlebihan serta bukan untuk bermegah.

Firman Allah bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.” (Surah al-Furqaan, ayat 67)

Ulama menyatakan bertamu yang disyariatkan ialah tiga hari. Melayani tetamu pada tahap yang wajib secara terbaik mengikut kemampuan hanya untuk sehari semalam, sementara dua hari selebihnya, maka disyariatkan melayani tetamu dengan apa yang ada di rumah saja.

Sebenarnya, keadaan ini bagi mengelak perasaan terbeban oleh tuan rumah. Amalan yang awalnya dianggap mulia, tetapi jika berlarutan sehingga menyusahkan tuan rumah, dikhuatiri menimbulkan suasana tidak elok, malah mungkin menimbulkan perbalahan dan persengketaan pada kemudian hari.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bertamu itu tiga hari; dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang Muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Sahabat bertanya: Bagaimana caranya dia berdosa? Jawab Baginda: Orang itu menetap di rumah saudaranya, padahal saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan kepada tetamunya itu.” (Hadis riwayat Bukhari) Bagi pihak tetamu, mereka juga harus menjaga adab serta etika bertamu. Contohnya, memilih masa sesuai bagi tuan rumah sebelum bertandang.

Percakapan juga mesti sentiasa dijaga supaya tidak mengundang rasa kurang senang kepada tuan rumah serta tidak sesekali menyakiti hati mereka. Selain itu, mereka harus menjaga tingkah laku serta tidak mengganggu masa tuan rumah menyelesaikan tugasan lebih penting. Tetamu patut mengucapkan terima kasih atas layanan diberikan tuan rumah pada akhir kunjungan serta mendoakan kebaikan buat tuan rumah seisi keluarga. Di samping itu, tetamu wajib menjaga rahsia serta aib tuan rumah jika didapati berlaku sepanjang berada di rumah itu.

Penulis ialah Felo Akademik Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti Darul Iman Malaysia

sumber~ http://www.bharian.com.my/