Kelebihan Surah Yaasin:
Ø Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang
kafir.
Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w.
berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ø Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati
syahid.
Ø Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah
kepada anak.
Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di
fitnah dan kejahatan mulut.
Ø Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah
atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan
dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi
baik...
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t,
Kita umat Muhammad,Kita orang Islam dll.
Ø Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang
suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian
didunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa
yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka
setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri
sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud
pada Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s . naik kapal Elok
dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia -
Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ø Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada
Allah s.w.t.
Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Ø Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba Ø Tiupan
ke-dua - Hancur Ø Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir
dipadang Mahsyar.
Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab/kira mengikut
amalannya.
Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa
sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah
orang.
Dijadikan amalan.
Ø Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.
Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat ini.
Ø Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan
badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata,
Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah
hancur?"(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang
patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan pesakit mrk dan Dr Fatimah
berikan ayat ini.
Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah
yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala
makhluk."
Ø Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah
100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x)berturut-turut, Baca
pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Wallahualam.
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38- 12x
5. Ayat 58- 7x
6. Ayat 82- 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya
Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah
hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al-Fatihah.
9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya
termakbul.
Wallahualam.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
Ø Yasin ialah jantung Al-Quran
Ø Mengetahui setiap makna ayat-ayat dlm Al-Quran Ø Yasin
memudahkan yang susah. Bacalah Yasin apabila:
o Anak sakit
o Didalam kesusahan
o Memudahkan urusan
o Memudahkan perjalanan
o Sebagai selusoh bilamana untuk melahirkan bayi
Ø Baca Yasin (3x) dihadapan air
Ø Baca 3 QUL (3 setiap satu)
Ø Baca Al-Fatihah
Ø Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x) Ø
Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam
tidur, dosa diampunkan.
Ayat 9 - "Waja'alna...."
Ø Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di
tiap-tiap penjuru rumah..
Ø Lindungi diri dari dianiaya
Ø Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Ø Baca Ayat 9
Ø Al-Fatihah
Ø Baca 3 QUL (3 setiap satu) dan baca Ayat Kursi
Ayat 29 - "In kanat illa...."
Ø Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata
buruk/tidak menyenangkan kepada anda.
Ayat 36 - "subhanallazi.."
Ø Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke
muka pada pagi hari Ø Ya Wadud (3x)
Ayat 58 - "Salamun..."
Ø Jika sakit anggota
Ø Tak tenang hati
Ø Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit
Ayat 76 - "Falayahzun.."
Ø Bila rasa sedih
Ø Untuk menenangkan hati
Ø Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
Ø Tulang patah
Ø Sakit sendi
Ø Sakit lutut
Ayat 82 - "Innama amruhu.."
Ø Jika mandul
Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
o Sembahyang tahjud
o Sembahyang hajat
o Doa minta hajat
o Baca ayat 100 x dengan yakin
o Amalkan 41 malam (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
o Seperti di atas o Bila baca ayat, tiup dalam air o Minum 1 cawan air pada
pagi hari sebelum makan / minum benda lain o Doa sambil minum o Untuk 41 pagi
Wallahualam.
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan
.. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.
Dalam YAASIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian
Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian
Surah Yaasin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit,
tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan
bukannya di kubur.
terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar
orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf
bahawa esok,lusa kita akan menyusul jua.
***** Dibawah ini adalah sekadar informasi bersama
*******
Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran
adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang
menjadi penawar ubat yang mujarab.
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah,
tidak boleh beranak.
---- AMIN ----