Tuesday, August 14, 2012

Kelebihan Surah Al-Kautsar


 

Surah  Al-Kautsar  
  Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih  putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah  dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir  itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika
    menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak  bersalah
tetapi
    dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar-sebarkan kepada kawan-kawan, terima kasih.


Kelebihan Surah Yaasin


Kelebihan Surah Yaasin:

Ø Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir.
Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ø Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ø Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad,Kita orang Islam dll.
Ø Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian didunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s . naik kapal Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ø Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Ø Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba Ø Tiupan ke-dua - Hancur Ø Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab/kira mengikut amalannya.
Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
Dijadikan amalan.
Ø Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat ini.
Ø Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan pesakit mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ø Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x)berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

Wallahualam.

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38- 12x
5. Ayat 58- 7x
6. Ayat 82- 14x

7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al-Fatihah.
9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

Ø Yasin ialah jantung Al-Quran
Ø Mengetahui setiap makna ayat-ayat dlm Al-Quran Ø Yasin memudahkan yang susah. Bacalah Yasin apabila:

o Anak sakit
o Didalam kesusahan
o Memudahkan urusan
o Memudahkan perjalanan
o Sebagai selusoh bilamana untuk melahirkan bayi

Ø Baca Yasin (3x) dihadapan air
Ø Baca 3 QUL (3 setiap satu)
Ø Baca Al-Fatihah
Ø Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x) Ø Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 - "Waja'alna...."
Ø Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Ø Lindungi diri dari dianiaya
Ø Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

Ø Baca Ayat 9
Ø Al-Fatihah
Ø Baca 3 QUL (3 setiap satu) dan baca Ayat Kursi

Ayat 29 - "In kanat illa...."
Ø Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - "subhanallazi.."
Ø Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari Ø Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - "Salamun..."
Ø Jika sakit anggota
Ø Tak tenang hati
Ø Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 - "Falayahzun.."
Ø Bila rasa sedih
Ø Untuk menenangkan hati
Ø Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
Ø Tulang patah
Ø Sakit sendi
Ø Sakit lutut

Ayat 82 - "Innama amruhu.."
Ø Jika mandul
Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

o Sembahyang tahjud
o Sembahyang hajat
o Doa minta hajat
o Baca ayat 100 x dengan yakin

o Amalkan 41 malam (untuk menyembuh penyakit dalam badan) o Seperti di atas o Bila baca ayat, tiup dalam air o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain o Doa sambil minum o Untuk 41 pagi

Wallahualam.

Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YAASIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian
Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian

Surah Yaasin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur.
terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok,lusa kita akan menyusul jua.

***** Dibawah ini adalah sekadar informasi bersama *******

Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

---- AMIN ----

Tarikh & Lokasi Melihat Anak Bulan Syawal 2012M/1433H


Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal 2012

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, tarikh melihat anak bulan Syawal adalah pada petang Sabtu 18 Ogos 2012 bersamaan 29 Ramadan 1433H

Cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab

Pengumuman tarikh hari raya puasa akan diumumkan pada malam itu juga melalui siaran televisyen dan radio.

Lokasi Melihat Anak Bulan Syawal 2012 1433H

Lokasi-lokasi melihat anak bulan syawal adalah sama seperti lokasi melihat anak bulan Ramadan sebelum ini.
Berikut adalah lokasi melihat anak bulan Syawal 1433H

1. Pontian Kecil Johor
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor
5. Pulau Angsa, Kuala Selangor
6. Bukit Jugra, Banting Selangor
7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
12. Menara Alor Star, Alor Star, Kedah
13. Bukit Besar Kuala Terengganu
14. Bukit Geliga Kemaman
15. Pulau Perhentian, Besut
16. Balai Cerap Kolej UgamaSultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu
17. Bukit Peraksi Pasir Putih, Kelantan
18. Kampung Bukit Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan
19. Menara Banggunan SEDC, Kota Baharu Kelantan
20. Tanjung Lubang Miri, Sarawak
21. Teluk Bandung, Kuching Sarawak
22. Tanjung Batu, Bintulu Sarawak
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah
24. Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang
25. Gunung Berinchang Cameron Highland
26. Bukit Pelindong, Kuantan Pahang
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
28. Menara Kuala Lumpur
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
30.Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis

Sumber Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal 2012 1433H : Utusan Online