السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini jiranku sekali semasa melalui pintu hadapan unit jiranku, aku terdengar pertengkaran yang kuat sejak aku menaiki anak tangga yang pertama sehinggalah aku yang lalu di depan pintu apartment, terdengar dengan jelas apa yang dibisingkan oleh si isteri. Si isteri sedang memarahi si suami bak ibu memarahi anaknya tentang sesuatu sehingga terdengar dengan jelas herdikan dan kadang-kala pukulan si isteri ke atas si suami.
Memang kadang-kadang seorang suami melakukan kesilapan dan kesalahan. Tetapi, layakkah dia dilayan sebegitu rupa? Di mana maruah seorang suami. Hinggakan kedengaran si isteri membahasakan dirinya "aku"! Tiada lagi rasanya perasaan sayang di hati. Kita jadikan situasi ini sebagai iktibar. Alangkah ruginya isteri-isteri sebegini sekiranya mereka membaca artikel-artikel yanga aku paparkan dibawah. Wallahua'alam. Selamat membaca.
Tanda ISTERI DERHAKA
Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:
"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:
Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."
Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu Majah)
Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keluar rumah tanpa izin suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat
Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:
"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.
ke muka depan
INILAH SIFAT ISTERI-ISTERI YANG DERHAKA
Memang jodoh pertemuan di tangan Allah swt. Tetapitidaklah bermakna usaha dan ikhtiar langsung tidak diperlukan. Ertinya sesudah berikhtiar semampu mungkin, maka selepas itu terpulanglah pada Allah apa yang hendak ditakdirkannya.
Perkahwinan adalah penting. Ia adalah suatu pembentukan awal sebuah masyarakat kecil yang akan berlanjutan ke anak cucu dan turun temurun. Dan ini sesuai pula dengan fitrah semulajadi manusia, iaitu memerlukan pasangan di dalam hidupnya. Oleh itu merancangkan satu perkahwinan yang tepat dan baik adalah ikhtiar yang tidak boleh dipandang kecil. Hal yang paling penting ialah mencari jodoh. Siapakah bakal isteri atau suami yang hendak dipilih? Yang mana kalaulah terjadi salah pilih, maka kesannya sangatlah buruk, terpaksa menanggung derita dan seksa di dunia hingga akhirat. Tiada bahagia dan kasih sayang. Rasulullah saw sudah berpesan tentang syarat memilih isteri. Sabda baginda:
“Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, Keranaharta, rupa, keturunan dan agamanya. Maka pilihlahyang baik agamanya.”
Fahamlah kita bahawa syarat penting memilih isteri atau suami ialah yang beragama. Dengan kata lain yang beriman dan yang mengamalkan syariat Islam. Kalau syarat ini ada barulah kita fikirkan tentang hal-hal seperti rupanya, kekayaannya, keturunannya danlain-lain. Tidak ada syarat lain lagi yang lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh baginda itu. Sebab, wanita beriman, walau dia kaya atau cantik, nescaya dia tetap merendah diri pada suaminya. Tidak akan dikecilkan hati suami lebih-lebih lagi tidak akan ia derhaka pada suami. Sebaliknya yang wanita cantik pada wajahnya tetapi tidak beriman selalunya membuat suaminya berkeadaan serba salah. Begitu juga wanita kaya yang tidak beriman, biasanya akan memperbudakkan suaminya.
Ini selalu terjadi di dalam masyarakat kita hari ini. Oleh kerana mereka berkahwin bukan kerana Allah, memilih pasangan pula bukannya kerana agamanya, tetapi kerana jawatan, gaji rupa dan lain-lain, ditambahdengan cara kenduri kahwin penuh kefasikan, maka hasilnya terjadilah seperti apa yang terjadi sekarang.
Kalau isteri berjawatan tinggi atau seorang yang terkenal maka rumahtangga mereka akan berada dalam keadaan:
• Suami sering merasa hina diri (inferioritycomplex) terhadap isteri. Isteri tidak melayan dengan sepatutnya, maklumlah sibuk dengan tugas dan sibuk melayan orang lain. Suami selalu tinggal sendiri.kalau isteri ada di rumah pula dia merasai berhadapan dengan orang besar, yang dihormati ramai, maka masakan mudah baginya untuk mengajak isteri bermesra-mesra dan melayannya dengan baik. kerana itu hiduplah suamidalam keadaan kesunyian selalu dengan rasa rendah diri. Kebahagiaan bersuami-isteri dan berkasih sayang tidak akan terasa lagi.
• Oleh kerana isteri biasa mengarah-arahkan pekerja bawahannya atau orang ramai, maka tentu dia terbawa-bawa ke rumah, yakni suka mengarah suami. Apa lagi kalau suaminya berjawatan kecil, sepertilah orang bawahnya. Maka dalam keadaan apa pun suami akan rasa hina diri. Mengalah sajalah suami. Ikut sahaja apa isteri kata. kalau pun kadang-kadang ia tidak suka dengan perkara itu, terpaksa ditekan-tekan rasa. Pendeknya jadual rumahtangga akan diatur oleh isteri.
“Kita balik kg bang” “Kita keluar bang” “Malam ini jangan kacau I bang, I letihlah,” dan sebagainya.
Bila suami ajak ziarah emak di kg, dia jawab,
“Saya ada mesyuarat esok, tidak boleh cuti.” Kadangpula suami ajak pergi kenduri kahwin dijawab, “I ada ‘appointment’ petang ini. “Sewaktu-waktu suami ajak kebilik tidur dia jawab, “I nak siapkan ‘speech’ untuk esok. Abang masuklah dulu” Isteri jadi tuan. Suami jadi khadam. Orang yang tidak tahu mereka itu suami isteri akan menyangka suami itu orang gajinya.
• Isteri sentiasa keluar. Siang keluar, malamkeluar. Bila balik, sudah letih. Maka suami akan menjadi orang bujang. Ada isteri macam tidak ada isteri. Sebab dia tidak dapat miliki isteri itu. Hanyaboleh dipandang-pandang, boleh dipegang sekali-sekali.Tetapi tidak boleh dikawal mengikut kehendak suami.
• Oleh kerana isteri ada jadual sendiri dan ada pandangan sendiri, maka selalunya arahan suami akan dibahas dan dipertikaikan. Suami jarang merasai isterinya taat padanya. Pun jarang si isteri meminta keizinannya untuk melakukan sesuatu.
• Isteri tidak rasa bersandar hidup dengan suami. Biasanya seorang isteri bergantung hidup, nafkah dan tanggungannya pada suami. Tetapi kerana isteri berjawatan, ia rasa lebih dari suaminya, maka isteri tidak lagi bersandar pada suami. Ia tidak memerlukan apa-apa dari suaminya; tiada istimewa dan tidak ada kelebihan apa-apa untuk dia bersandar hidup. Hatta kalau suaminya menceraikannya pun dia tidak rasa bimbang apa-apa. Maka dia berani buat apa disukainya terhadap suaminya.
Kalau isteri lebih pandai dari suami maka:
• Isterinya akan membuatkan suami sentiasa rasa hina diri dan rendah diri, kerana isterinya akan banyak mengajarnya. Bukannya suami mendidik isteri tetapi berlaku sebaliknya. Kalau suami buat apa-apa yang silap atau tidak tepat selalulah kena komplen atau diketawakan oleh si isteri. Hendak marah atau hendak merajuk pun takut pula kena leter dengan isteri, maklumlah isteri bijak. Al hasil suami sentiasa rasa diperkecilkan oleh isteri. Dirasa dirinya sentiasa rendah di samping isterinya. Kasih sayang dan kebahagiaan yang layak bagi seorang suami tidak dapat dirasainya lagi.
• Isteri tidak yakin dengan sikap, cakap dan arahan suami, maka dengan sebab itu dia tidak boleh taat pada suaminya. Kalau taat pun hanya atas dasar patuh.
• Isteri berani mengarah, menentang dan marah-marah pada suami. Si isteri pula, kerana selalu rasa dikalahkan, tidak akan boleh mengawal keadaan begini. Maka terjadilah suami menurut kata isteri, suami ikut cakap isteri. Hidup suami diatur oleh isteri.
• Suami tidak akan memberi apa-apa maklumat dan tunjuk ajar pada isteri, disebabkan dia rasa malu pada isterinya yang lebih pandai darinya. Oleh kerana kebiasaan isterinya menyanggahnya maka dia bimbang kalau-kalau maklumat atau ceritanya akan disanggah lagi atau dipandang kecil oleh isteri. Kerana itu selalunya isterinya yang banyak cakap, suami menurut saja. Ertinya suami belajar dengan isteri.
• Kemuncak dari itu, ialah suami takut untuk membuat arahan atau permintaan pada isteri. Tegasnya suami akan takut pada isteri.
Kalau beristeri cantik
Si isteri sedar dan bangga dengan kecantikannya, maka suami akan selalu kalah dengan kehendak isteri. Sisuami pula suka akan kecantikan isteri, dia menyayangi isterinya atas dasar isterinya cantik. maka jadilah keadaan di mana segala kehendak isteri diikutinya. Isteri tentu sedar akan hal ini maka diambil kesempatan untuk mengarahkan suaminya, ikut ragam dan kerenahnya.
Minta itu minta ini, arah itu arah ini. Kalau tidak dapat, merajuk, meragam dan merengek-rengek. Kalau kemahuannya tidak diikuti dia mengugut hendak balik kg atau minta cerai. Diatahu suaminya tidak akan menceraikannya. Si suami pula kerana terlalu sayang, ikut saja. bukan senang hendak dapat isteri cantik. tetapi hati menderita. Bak kataorang, mata sedap hati sakit. Ibarat buah kepayang ditelan pahit dibuang sayang. Hal ini jarang berlaku pada wanita-wanita yang tidak cantik. Mereka tidak berani meragam sebab mereka tahu suaminya boleh menceraikannya, cari yang lain.
Kalau beristeri kaya
Suami akan jadi hamba, sebab si suami bersandar rezeki pada isteri. Isteri jadi ‘boss’, boleh buat apa saja arahan yang disukai. Oleh kerana rasa termakan budi,suami merasai tidak patut pula kalau tidak menurut arahan isterinya. Akhirnya diperhambakan isteri. Dalam keadaan itu suami akan rasa rendah dan hina diri dan tidak berani si suami berlaku sebagai ketua rumahtangga untuk mengarah itu dan ini. Maka akhirnya isterilah yang jadi ketua rumah, jadi queen control. Jadual dan program isteri yang tentukan. Suami mengiyakan sahaja.
Kalau beristeri yang tidak kaya, tidak pandai, tidak tinggi jawatan:
Isteri yang setaraf dengan suami atau lebih rendah lagi tidaklah susah sangat suami dibuatnya. Isteri itu terpaksa bersandar sepenuhnya dengan suami. Dan dia pula tidak boleh memberi apa-apa pada suami, dan dirasai suaminya lebih daripadanya. Ada kekuatan dan keistimewaan. Maka mudahlah dia hormat dan taat. Selamatlah hati suami. namun ketaatan ini bukanlah ketaatan yang suci murni, kerana dibuat dengan terpaksa. Yang mana kalaulah isteri itu kaya misalnya, nescaya dia turut menyusahkan suaminya juga.
Ada waktu-waktunya isteri akan engkar juga dengan suaminya, terutama suami ada salah silapnya. Itulah wanita yang tidak beriman yang selalu menyusahkan suami. Suami tidak rasa terhibur dengan isteri. Rasa bahagia, mesra dan kasih sayang dengan isteri semakin hilang dari hari ke hari. Suami merasai lebih bahagia kalau berada di luar rumah atau jauh dari isteri.Setiap kali hendak balik ke rumah, suami cemas menanti apa pula ragam si isteri. Soalan apa yang akanditanya. Apa pula yang akan dirungutkan, apa yang akan dimintanya. Panjang mana pula leter yang akan didengar. Semasam mana pula mukanya dan macam-macam lagi ragam dan kerenah yang akan dihadapi.
Kesah ini pernah berlaku kepada seorang pendakwah, seorang suami tiba-tiba saja menghulur RM50.00 pada isterinya.
“Hadiah,” katanya. Hairanlah isterinya kerana kejadian yang tiba-tiba itu.
“Hadiah apa ni?” Ditanya kepada suaminya.
Maka berkatalah suaminya, “Hadiah kerana tadi ketika saya balik ke rumah, awak sambut baik, tak tanya itu ini macam selalu. Pada hal biasanya kalau saya tidur diluar, pagi baru balik, awak tak gini. Sebab itu dalam perjalanan balik tadi saya sudah bimbang apa nak jadi. Rupa-rupanya awak sudah berubah. Itu pasal saya hadiah RM50.”
Isterinya pun tersipu-sipu.
Itulah cerita isteri yang sedang dididik dengan iman. Suami keluar dakwah, kadang-kadang tidak balik. Maka sedikit sebanyak sudah boleh menerima keadaan itu,boleh bersabar dengan ujian kesusahan. tetapi kalau lahtidak dididik dengan iman, mustahil seorang isteri boleh bermanis muka dengan suami di waktu dia sendiri sedang berduka.
Isteri solehah akan sentiasa berfikir untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya, dalam apa jua keadaanpun, akan sanggup mengorbankan dirinya untuk menghiburkan suami demi mengharap kasih sayang Allah dan syurgaNya.
Lihatlah sejarah seorang wanita Mukmin, ketika anaknya meninggal dunia, ditutup mayat itu baik-baik menunggu suaminya pulang. Bila kembali suaminya ia tidak terus mengadu kejadian malang itu tetapi dihiburkan, dilayan suaminya hinggalah selesai suami menunaikan hajatnyabarulah dia bertanya, “Abang, kalau kita diberi pinjam sesuatu, adakah kita kena memulangkan barang itu kepada tuan punyanya?. “Tentu sekali,” Jawab suaminya.Kemudian dia menyambung, “Allah telah meminjamkan kita seorang anak. Tapi sekarang Allah ambil kembali anak itu dari kita.” “Innalillah wa inna ilaihi raajiuun,”kata suaminya dengan tenang. Maka barulah ditunjukkan mayat anaknya pada suaminya. Begitu mampunya wanita solehah menenangkan hati suaminya. Bukan memekik, melolong, menangis, merapu dan mengungkit itu ini hingga suami jadi dua kali susah. Susahkan ujian yang berlaku, susahkan sikap isteri.
Hari ini mana ada wanita salehah yang mengorbankandiri untuk kebahagiaan suami demi mengharapkan keredhaan Allah dan nikmat syurga di akhirat kelak.Yang ada ialah wanita-wanita yang selalu menyusahkan suami untuk keuntungan dirinya kerana semata-mata memuaskan diri dan nafsunya.
Sebenarnya perkara-perkara yang saya senaraikan diatas, tidak akan atau kurang berlaku kalau kita beristerikan wanita salehah. Sekalipun wanita itu berpangkat tinggi, bijak bistari, cantik molek, kayaraya, namun dia tetap taat dan merendah diri padasuaminya. Suka berkhidmat, menyelesaikan masalah suami(bukan membuat masalah) bahkan semua miliknya ditukargeran menjadi milik mutlak suaminya. Lihat SayidatinaKhadijah, Sayidatina Aisyah dan Siti Fatimah Az Zahrah. Semua kekayaan, kepandaian dan jiwa raganya dikorbankan untuk membantu perjuangan Rasulullah saw. Siti Khadijah yang asalnya hartawan Quraisy, tetapi setelah menjadi isteri Rasulullah saw, habis hartanya diserahkan, untuk menyumbangkan pada agama Allah.Hingga waktu wafat beliau, tempat tinggalnya hanya satu bilik usang berpintu satu. Sayidatina Aisyah,Ummul-Mukminin selaku pembantu kuat Rasulullah, turut
giat sama berjuang dengan mengorbankan segala kebolehannya kepada perjuangan suaminya. Sesudah wafatRasulullah, dia bertindak selaku mahaguru kepada para sahabat besar. Siti Fatimah binti Rasulullah adalahisteri yang rela miskin dan bersusah payah untukIslam, pun begitu dia tetap dapat memberi senyum manis pada suaminya.
Itulah ciri dan contoh wanita beriman. Wanita beginilah yang mesti kita sediakan untuk diperisterikan. Sifat wanita beginilah yang mesti kita didik terhadap ahli keluarga kita. Agar rumahtanggakita nanti dan generasi akan datang adalah syurga kecil yang sementara, yang menjadi sumber tenaga buat kita dan keturunan kita berjuang mendapatkan syurga yang maha besar lagi kekal abadi di akhirat nanti.
________________________________________
Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!”
Huraian
1. Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.
2. Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban)
3. Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.
4. Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaannya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar).
________________________________________
Ciri-Ciri Isteri Derhaka.....
Perkara yang menjadikan isteri penderhaka kepada suami :
- Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
- Keluar rumah tanpa izin suami sama ada suami ada di rumah ataupun tidak.
- Keluar rumah untuk belajar ilmu yang bukan fardu ain.
- Enggan mengikut suami berpindah.
- Mengunci pintu atau tidak membenarkan suami masuk ke rumah.
- Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
- Minta diceraikan suami.
- Bercakap kasar atau lambat menyahut (menjawab) pertanyaan suami.
- Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
- Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
- Meninggalkan tempat tidur.
- Membenarkan masuk ke rumah orang yang tidak disukai suami.
~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~