Hidup ini adalah satu pengembaraan yang fana di bumi Allah S.W.T. Segalanya hanyalah dipinjamkan dan diamanahkan kepada kita oleh Allah S.W.T. Kita disuruh olehNya mencari keredhaan dan sentiasa berserah kepadaNya.
Blog ini akan cuba menghimpunkan tazkirah dan cerita-cerita teladan untuk tatapan kita bersama...InsyaAllah
Nampaknya begitu ramai yang memperkatakan tentang keindahan i-City yang bertempat di Seksyen 7 Shah Alam, berdekatan dengan pintu masuk ke-2 UiTM.
Peta lokasi i-City Shah Alam
Isteri aku begitu teruja nak melihat apa yang menarik di sana. Sementelah adiknya sekeluarga dan 'parents' dia pun ada di rumah kami. So, apa lagi pantang diajak, aku pun ke sana seisi keluarga selepas solat maghrib hari Sabtu, 24hb Julai 2010. Seelok sahaja memasuki persimpangan Padang Jawa dari Lebuharaya Persekutuan, kenderaan berasak-asak menuju ke i-City. Mungkin orang-orang lain pun macam aku jugak, nak melihat keindahan i-City di waktu malam seperti yang sering diwar-warkan oleh orang-orang yang telah ke sana...
'View' menarik sekitar i-City
'View' menarik di i-City
Inilah pemandangan yang membuatkan anak-anak aku nak 'terjun' dari kereta.
Aku pun apa lagi....posing maut la dengan isteri tersayang aku ni...
Biasa la....budak-budak memang suka tempat ni...
Ini posing maut anak-anak aku bersama sepupu mereka.
Farhan nampak kekok sikit sebab dia dah besar. Aina nampaknya dah pandai bergaya dengan beg sandangnya, 'influence' dari maknya.
Mengabadikan gambar sekeluarga
Ini gambar adik lelaki isteri aku sekeluarga (cameraman hari tu...)
Dari 1 Jun sehingga 31 Ogos 2010 sedang berlangsung "Photography & Videography Contest" yang menawarkan hadiah yang menarik dan lumayan berjumlah RM80,000. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://i-city.my/canon.php.
Mungkin selepas ini kami akan bertandang lagi dalam masa terdekat, InsyaAllah. Khabarnya, pihak pengurusan akan menggantikan kebanyakan 'lightings' bersempena sambutan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri yang akan kunjung tiba tak lama lagi.
No comments:
Post a Comment