Saturday, September 7, 2019

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu

Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Ayat 128 Surah At-Taubah
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem


Ayat 129 Surah At-Taubah
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem

Erti ayat 128:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Erti ayat 129:
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar. Siapa nak beramal? Silakan… Lebih mujarrab jika memohon keizinan.

Sumber: Ustaz Ebit Lew

2 comments: